Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

Percutian Di Melaka

Imej
Pada bulan Julai 2018, saya dan saudara-mara sebelah ayah saya telah mengadakan "Hari Keluarga" di sebuah resort yang mempunyai kolam renang peribadi (p rivate pool). Resort itu ditempatkan di A' Famosa. Sewaktu di dalam perjalanan, ibu saya membeli sedikit  makanan untuk mengalas perut kami. Kira-kira selepas  sejam setengah, kami  telah pun tiba dan disapa  oleh makcik  dan pakcik  saya . Selepas bersalam- salaman, kami menyusun beg baju di dalam    bilik yang disediakan. Kami begitu  gembira apabila melihat kolam peribadi itu sungguh cantik dan  bersih. Kemudian, kami memakan sepinggan  nasi  goreng berserta air teh tarik  sebelum berenang di dalam kolam. Kami juga menukar  pakaian kami dan memakai baju renang. Selepas berpuas bermain, kami mandi, menukar  baju dan berehat.  Pada hari kedua, bermulalah hari  yang dinanti- nantikan oleh kami. Saya dan adik- adik...